Pemecah Mitos : Benarkah VPN Dapat Melepasi Kuota Broadband/ISP?

Bagaimana VPN Berfungsi?

VPN berfungsi dengan cara mewujudkan 'terowong' (tunnel) yang dienkrip untuk tujuan sekuriti maksima dengan jenis-jenis enkripsi tertentu, contohnya Enkripsi Blowfish.

Melalui terowong ini pula, anda akan dapat faedah:

1. Komunikasi dua hala yang lebih selamat

2. Bebas dari ancaman penggodam

3. Menyembunyikan IP asal dan menggantikan dengan IP pelayan VPN.

4. Untuk mendapatkan kembali akses ke laman web yang telah disekat, seperti forum, game online, laman video streaming, laman sosial dan lain-lain

5. Untuk memiliki keselamatan yang lebih baik ketika membeli secara online

6. Untuk menghentikan pembekal enjin carian daripada mengumpulkan dan mencatat maklumat tentang sejarah internet mereka dan kebiasaan carian

7. Sebagai langkah anonimiti di internet

8. Membolehkan teknologi P2P berfungsi kembali (Torrent)

9. Mengubah IP bererti mengubah geolokasi, dan anda dapat tampil seolah-olah dari mana-mana sudut dunia, bahkan dari US sekalipun



Jadi bagaimana dengan dakwaan yang mengatakan VPN dapat melepasi kuota atau had bandwidth bulanan broadband/ISP?

Sebenarnya sama ada anda menggunakan VPN atau tidak, sambungan internet anda masih melalui ISP anda terlebih dahulu. Cuma bezanya, ketika anda menggunakan sambungan VPN, komunikasi anda dienkripsi dan data tidak dapat dibaca oleh mana-mana pihak. Namun itu tidak bererti bandwidth anda juga begitu!

Bagi mana-mana servis VPN yang mendakwa servis mereka dapat melepasi (bypass) kuota broadband, mengapa anda tidak katakan perkara yang benar, bahawa itu semua berlaku kerana kelemahan sekuriti dari penyedia servis tersebut (security flaw)? Ia bukan 'jasa' dari VPN anda, sebaliknya hanyalah berlaku dari kelemahan sekuriti dan kemudian dimanipulasi oleh sambungan terekripsi itu tadi. Sekiranya kelemahan sekuriti ini diketahui oleh penyedia servis, ia akan segera ditampal. Tetapi sebagaimana yang kita ketahui, sehingga sekarang nampaknya ia masih belum dilakukan.

Tujuan asal VPN dicipta sememangnya bukan untuk melepasi kuota broadband! Ianya lebih dari itu! Saya minta anda bercakaplah dengan fakta bukan auta semata-mata.

Jangan buat kesimpulan sendiri, fikir baik-baik sebelum menyebarkan sesuatu.

Boleh tengok video ni untuk maklumat lanjut tentang VPN :)






Sumber asal:http://www.omghackers.com/2012/05/pemecah-mitos-benarkah-vpn-dapat.html




Read more

Tutorial Jailbreak iOS 6 for Apple User

Dah lama jakz tak update blog ni.Dah berhabuk dah -___- Sekarang jakz nak bagi tutorial untuk jailbreak iOS6 .Sekejap jer JB ni.Harap kamu semua berpuas hati :)


Download Evasi0n


box.net

 

Tutorial Jailbreak iOS 6

1. Download tool Evasi0n (pilih versi Mac, Windows atau Linux).
2. Cucuk iPhone, iPad, iPod Touch kepada komputer anda menggunakan usb cable.
3. Tutup iTunes dan program2 lain yang tidak diperlukan.
evasi0n jailbreak
4. Buka tool Evasi0n, click pada butang jailbreak dan tunggu proses jailbreak selesai. Biasanya kurang daripada 5 minit.
ipad mini jailbreak
5. Satu icon “Jailbreak” akan muncul di homescreen peranti iOS.
jailbreak ipad
6. Jika proses jailbreak berjaya, anda akan lihat icon Cydia di homescreen iPhone, iPad atau iPod Touch. Tekan icon Cydia untuk melengkapkan proses jailbreak.
ios 6 jailbreak[15]

Selamat Mencuba :)

Sumber Asal :
http://jomphp.com/tutorial-jailbreak-ios-6-iphone-5-ipad-ipod-touch.html

Jailbreak for freedom, not for piracy !!!




Read more

What is Root?


Ramai orang cakap kalau root android boleh pakai special software(link2sd,go backup n etc).Memang betul tapi semua benda mesti ada kelebihan dan keburukan masing :)
Pasti masih ramai lagi tertanya – tanya apakah yang dimaksudkan dengan “ROOT” dalam Android. Biar kami  jelaskan apa itu root. Root dalam erti kata yang mudah untuk difahami ialah proses yang membolehkan pengguna telefon pintar Android mengakses keseluruhan fail sistem  bagi memberikan sepenuh kawalan terhadap sistem telefon mereka. Bagi pengguna iOS, proses ini dipanggil sebagai“Jailbreak”.
Antara kelebihan utama Root adalah keupayaan untuk mengawal keseluruhan sistem telefon dan membolehkan pengguna untuk menginstal pelbagai aplikasi yang sebelum ini dinafikan oleh sistem Android. Disini kami senaraikan beberapa kelebihan telefon Android yang sudah di Root.

KelebihanRoot:

1. Memberikan kawalan penuh pada sistem Android anda
2. Membolehkan “Backup dan Restore” pada seluruh sistem
3. Dapat menggunakan aplikasi-aplikasi istimewa seperti aplikasi permainan beresolusi tinggi
4. Membolehkan pengguna mengubah dan memilih ROM pilihan anda

KekuranganRoot:

1.Boleh mematikan waranti telefon anda
2.Serangan virus mungkin terjadi
AMARAN
Proses me “Rooting” ini boleh menyebabkan telefon anda menjadi “Brick” . Oleh itu, pastikan kajian dibuat terlebih dahulu untuk memastikan tiada kerosakan terjadi kepada telefon pintar kesayangan anda.
Walau bagaimanapun, sekiranya pengguna telah berasa puas hati dengan  keupayaan sedia ada telefon anda, maka proses root amatlah tidak digalakkan.



Read more

GO Backup Pro

GO Backup Pro

GO Backup?
Go Backup tu adalah software yang boleh backup data dalam phone anda ke dalam SD card..

Bila masa nak guna GO Backup ni?
Selalunya GO Backup ni akan digunakan bila owner phone nak format phone supaya data2 yang penting tidak akan hilang.

Requirement untuk GO Backup?

-Hanya support untuk android version 2.2+
-Android anda mesti root :) Kalau phone tidak root lagi,GO Backup hanya boleh backup user data(contact,message,calendar n etc)

Contoh file yang boleh di-backup?
-User data
-User application(apk+data)
-System setting(premium feature)

Size?
hanya 1.9mb

Link GO Backup?

App ScreenShot



Pendapat jakz,softtware perlu digunakan untuk setiap pengguna android :)





Read more

Why need to use VPN?



Why need to use VPN?


-Unblock Websites

View all content restricted by your country or location.Access any site like Facebook, YouTube or Hulu. You appear to them as a user from the US, LA, or another of our many server locations and can view these websites normally.

-Secure and Fast

Protect your Internet without slowing it down.We encrypt your data over our high-speed network to keep you safe from thieves. Your ISP can no longer track the websites you've visited.

-Simple to Use

Set up in minutes. Connect with a single click.We designed the most user-friendly VPN available anywhere.No computer skills required.Need any help? We're here 7 days per week to assist you.


-HOW IT WORKS

Load VPN 1Malaysia each time you use the Internet, choose a server location, and you're connected. Use the Internet as you would normally... VPN 1Malaysia works behind the scenes. The software automatically encrypts all your network data and safely transmits it across a secure tunnel to our VPN servers. The outside world sees only our IP address, which keeps your identity private. VPN 1Malaysia also allows you to use websites or services you otherwise can't, such asFacebook, YouTube, Spotify, Skype, Hulu,Netflix and the BBC Player


-Where can i get it?You can get it at vpn1malaysia.com . You need to register first before test trial :)


-I want to try it.Do you have trial?Yes. We provided trial for you for 3 days(only 500mb).


-I dont know how to setup it.Can you help me?Sure can.You can pm me or post at ur group in facebook.We will help you untill you can use our vpn.


Wanna try it?Go to this website --> VPN 1MALAYSIA

Like our page-->  VPN 1Malaysia Facebook Page


Read more

8 KONSEP MUDAH MEMBINA BADAN


 8 Konsep Mudah Membina Badan !

1. Anda harus MAKAN !
Ini merupakan konsep pertama yang anda perlu faham dengan jelas apabila anda ingin membina badan. Ramai orang berfikir bahawa saiz badan dibina di gim, tetapi sebenarnya pemakanan yang anda buat DILUAR gim yang membina badan anda. (Ingat, anda mungkin akan spend 45 minit hingga 1 jam di gim, tetapi bagaimana pula dengan 23 jam lain diluar? Saya harap anda faham kenapa saya tekankan pemerhatian ke arah penjagaan pemakanan dan aspek lain dan bukannya sekadar aktiviti di gim)
Jadi, idea mudah disini ialah pengambilan kalori anda. Untuk membina mass, jumlah kalori yang anda ambil setiap hari seharusnya lebih dari jumlah kalori harian yang diperlukan oleh badan anda untuk setiap hari.
Psst: Tak pasti apa jumlah kalori harian anda? Buat carian di Google untuk “Daily Calorie Calculator” dan anda boleh mengetahui jumlah kalori harian anda serta mendapat anggaran jumlah kalori yang perlu dimakan setiap hari untuk membina mass
Sebagai contoh: Ali berumur 26 tahun dan mempunyai berat badan 57 kg. Jumlah kalori intake minima ialah didalam lingkungan 2159. Untuk membina badan beliau, beliau harus memakan makanan yang memberikan jumlah kalori melebihi 2159.Secara anggaran, untuk Ali membina 0.5kg setiap minggu, beliau harus memakan makanan dengan jumlah kalori 2659.

2. Pastikan anda makan Protein yang secukupnya !
Ini amat penting sekali. Untuk membina badan secara ideal, anda seharusnya memakan makanan yang mengandungi makronutrien yang diperlukan oleh badan anda. Makronutrien yang amat penting untuk membina badan ialah protein. Fungsi protein ialah bahan asas yang digunakan oleh badan anda untuk membina muscle dan otot.
Berita menggembirakan disini ialah amat mudah untuk memperoleh sumber protein di Malaysia dengan makanan berasaskan seperti soya, ayam, ikan, lembu dan sebagainya yang mudah didapati diseluruh negara. Cuma sebagai peringatan, kurangkan bahagian yang tinggi lemak dan dapatkan sumber protein yang pelbagai didalam menu harian anda.
Cadangan: Dapatkan sumber protein dari susu, telur, protein whey (supplement), ikan, chicken breast dan sebagainya.
Soalan seterusnya disini ialah berapa banyak protein yang diperlukan oleh seseorang yang ingin membina mass?
Saya cadangkan anda untuk mengambil minima diantara 0.8-1.8* X berat badan anda dalam kilogram. Jadi sekiranya berat anda ialah 70 kg maka anggaran mudah ialah 70kg x 1.5 = 105 gm protein yang perlu dimakan untuk setiap hari.
*Anggaran: 0.8-1.8: Guna julat diantara 0.8 sekiranya lifestyle anda ialah biasa dan anda healthy. Julat yang lebih tinggi biasanya sekiranya anda pregnant, tengah recover dari sakit, atau kerap bersenam/gim*

3. Mula Mengangkat Weights
There is no two ways about it disini. Sekiranya anda ingin membina mass, anda harus mula mengangkat weights di gim. Untuk result terbaik, gunakan free weights daripada menggunakan machines di gim. Ianya lebih berkesan didalam membina otot.
Kiraan rep yang dicadangkan untuk anda ialah diantara 6-10 reps untuk suatu set, dan berat yang anda gunakan seharusnya diantara medium/heavy (ataupun 60%-70% 1 Maximum Rep). Sebaiknya, buat 3 set dan pada set terakhir, anda seharusnya mengalami muscle failure (tidak boleh mengangkat lagi) .
Disini, anda mungkin berfikir perlu ke anda pergi ke gim untuk membina mass sekiranya anda memang biasa bersukan seperti futsal, jogging, badminton? Usah bimbang, saya akan jawab soalan ini sebentar lagi

4. Pastikan Ambil Post Workout Drink/ Supplements Selepas Gim
Satu window of opportunity untuk memaksimakan penyerapan nutrien oleh badan anda berlaku sebaik sahaja anda habis mengangkat berat/bergim. Pemakanan yang anda buat sebaik sahaja anda habis gim akan memberikan effect kepada recovery anda; dari segi strength recovery dan juga performance recovery.
Apabila anda mengangkat berat, badan anda akan menggunakan tenaga, dan akan kehabisan nutrien di penghujungnya. Jadi, gunakan waktu ini untuk memberikan suplementasi secukupnya (fikir PROTEIN) untuk memastikan recovery anda.
Kebiasannya selepas gim, saya akan meminum air soya + 2 telur setengah masak ATAU mengambil supplement post workout drink diakhirny dengan meminum supplement mass gainer saya.
Jangan lupa juga bahawa anda boleh menggunakan supplement lain seperti creatine dan sebagainya ( tapi jangan guna steroid lah kawan!) . Baca ruangan supplement untuk maklumat lanjut yea

5. Jangan OverTRAIN.
Pada kebiasaanya, disyorkan anda tidak mengangkat berat lebih dari 45 minit. Jadi pastikan anda betul-betul planning apa aktiviti yang anda ingin buat sebelum anda ke gim. Apabila anda diantara workout, pastikan anda mempunyai rehat secukupnya diantara set.
Satu lagi perkara ialah, anda perlu planning hari rehat untuk membolehkan badan anda recover dari aktiviti gim anda. Anda tidak perlu pergi ke gim 7 hari setiap minggu (ini amat counter-produktif) . Secara personal, saya hanya ke gim 4 hari dalam seminggu (Isnin, Selasa, Khamis, Jumaat) dan membuat larian Sprinting/Jogging selama 20-30 minit pada hari Sabtu.
Bercakap mengenai hari rehat…

6. Pastikan anda TIDUR secukupnya
Apabila anda ke gim, anda sebenarnya push badan anda to the limit. Jadi, pastikan disini anda juga memberikan badan anda cukup masa untuk recover. Saya pasti disini anda tahu bahawa badan anda membuat proses recovery sewaktu anda tidur bukan?
Sebolehnya, dapatkan diantara 8 jam tidur setiap hari untuk membantu didalam sintesis protein (diperlukan untuk membina otot) dan juga pengeluaran growth hormon oleh badan anda.

Sumber:Facebook :)



Read more

VPN 1Malaysia




Kami ingin memperkenalkan Produk kami iaitu VPN 1Malaysia :)

Kenapa memilih VPN 1Malaysia?
-Melepasi Sekatan dan Tapisan Laman
Anda bebas melayari laman tanpa sebarang sekatan atau halangan dari ISP mahupun dari pengurus rangkaian.
-Lindungi diri anda di rangkaian awam
Lindungi maklumat peribadi anda dari dipintas atau dirampas oleh individu lain semasa melayari internet di kawasan awam dengan menggunakan penyulitan (Encryption).
-Layari internet tanpa identiti
Sembunyikan identiti (alamat IP) anda semasa melayari internet dengan menggunakan lapisan perlindungan identiti yang kuat.
-Keselamatan
  • Menggunakan penyulitan rangkaian.
  • Tidak menyimpan log pengguna.
  • Katalaluan pengguna disimpan didalam bentuk hash.
  • Maklumat pengguna tidak didedahkan tanpa keizinan pengguna.
-Mesra Pengguna
  • Ruang bantuan disediakan sekiranya terdapat masalah sama ada melalui Facebook atau email.
-Pilihan lokasi server
  • Lokasi terkini : Los Angeles dan Netherland.
  • Pengguna bebas memilih server sambungan mengikut kesukaan pengguna.
  • Pelbagai pilihan port desediakan.
  • Pilihan sama ada UDP atau TCP.
 
Bagaiman VPN ber-fungsi?




 
 
 
(Soalan Kerap Ditanya) FAQ
1. Ni padia nie dok vpn² ? Ubat kuat ka ?
VPN merupakan singkatan daripada Virtual Private Network. Kalau korang google translate akan dapat Rangkaian Maya Persendirian. Bila korang sambungkan rangkaian korang dengan VPN, korang seolah-olah berada di satu rangkaian maya yang nun jauh korang duduk. Kalau server tu kat US, seolah-olah korang tengah ade kat US la (secara maya).
Katakan kawan korang pon sambung dengan VPN, server yang sama ngan korang sambung, jadi seolah-olah korang tengah dating sebelah-sebelah sebab korang tengah duduk dalam satu rangkaian yang sama.
Lepas korang sambung dengan VPN, segala maklumat yang terpancut dari alat berteknologi canggih korang tuh akan melalui proses penyulitan (Encryption) pergi ke server. Hal yang demikian bermaksud maklumat korang tidak dapat dirampas atau dipintas oleh individu lain. Sebagai contoh, korang tengah atas talian untuk transaksi wang dari satu bank ke bank lain, korang kene daftar masuk ke akaun bank atas talian korang, so kat situ korang dapat selamatkan akaun korang kalau terdapat cubaan memintas rangkaian. Contoh lain macam korang ade akaun lain macam facebook, twitter, email, dan sebagainya. Oleh itu, sambungan korang adalah selamat!
Selain itu juga, korang boleh akses laman² yang disekat oleh ISP yang iri hati terhadap kebebasan pengguna. Bila korang dah sambung dengan VPN, pergerakan korang tidak dapat dihidu oleh ISP jugak sbb maklumat korang sudah disulitkan (Encrypt).
Untuk maklumat lanjut mengenai VPN, korang boleh la cuba google ye.
2. Hurm.... saya macam berminat nak guna VPN nie. Ade akaun percubaan tak ?
Ya ! pihak VPNMalaya menyediakan akaun percubaan bagi pengguna yang ingin mencuba terlebih dahulu servis kami. Akaun percubaan hanya sah untuk 500mb data transfer sahaja.
3. Kalau saya nak bayar macam mana ?
Untuk pembayaran, maklumat pembayaran akan dihantar kat korang melalui email. Jadi korang kene rajin² cek email la ye.
Saluran yang ada setakat ni hanya Maybank.
4. Pasai pa tak leh connect ngan vpn nie ?
Kalau korang guna talian awam (LAN,WIFI,Kolej,Pejabat), sila semak alamat IP rangkaian anda. Kalau mula dengan 10.xxx.xxx.xxx, memang korang tak boleh sambung ngan VPN nie sebab ade konflik dengan rangkaian VPN kami.
5. Saya da cuba VPN nie. Tapi kenape internet saya slow macam kure² jugak ?
Sori geng... korang salah faham nie, VPN bukan tujuannya untuk meningkatkan kelajuan internet korang. Pada hakikatnya akan melambatkan sikit talian korang. Tapi ade individu² bertuah yang dapat kelajuannya lebih pantas dari tidak menggunakan VPN.
6. Kalau saya nak guna VPN, internet yang macam mana yang saya kene ade ?
Terpulang, segala jenis servis internet sedia ada di atas muka bumi allah ni berhak menggunakan VPN.
7. Apa jenis sistem operasi berteknologi canggih yang saya perlukan untuk VPN nie ?
Semua boleh... Windows, Linux, Mac, rooted Android.
8. Saya ade baca pasal VPN nie boleh bypass. Betul ke ?
Ya! VPN memang boleh bypass laman yang telah disekat oleh ISP. Tidak ada masalah. Pasal bypass quota? Kami bukan hadir untuk itu.
9. Kalau saya ada masalah semasa menggunakan servis ini, siapa saya nak hubungi ?
Sekiranya terdapat sebarang masalah, sila ajukan terus masalah anda di group mukabuku VPNMalaya atau email terus kepada admin yang diiktiraf di halaman hubungi kami.
 
 
 
 
 
 
HARGA VPN 1Malaysia


 
 
 
Nak daftar VPN. Klik di bawah ni untuk dapatkan akaun bercubaan.Sekiranya anda ber-puas hati,anda boleh upgradekan akaun anda ke premium dengan serendah RM10 sebulan+RM5 pendaftaran seumur hidup .. 
 
 
VPN1Malaysia

Sebarang pertanyaan boleh post kat group ni..
Gropu VPN 1Malaysia

Thanks :)











































Read more